Selamat Datang Ke Terma & Syarat MY10RM.COM
TERMA & SYARAT – My10rm.com
My10rm.com adalah sebuah Laman Komuniti Pemasaran di mana Rakan Komuniti saling bantu-membantu mempromosikan laman ini. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk membantu Rakan Komuniti mempelajari teknik pemasaran dan menjana pendapatan.
Ahli VIP akan menerima Ebook Formula Jutawan 10RM dan Pakej Affiliate My10rm sebagai produk jualan www.my10rm.com selepas mendaftar sebagai ahli Affiliate My10rm.com.
Dengan membeli Ebook anda menyertai Program Komuniti ini, anda faham dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.
1. Penyertaan & Pembayaran
Bayaran penyertaan adalah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) untuk Satu(1) Akaun pembelian Produk:
1 - Ebook Formula Jutawan 10RM
2 - Sistem Affiliate My10rm.com
Bayaran penyertaan adalah sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
Bayaran yang dibuat adalah hak mutlak admin sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan.
2. Hak Menjual Semula:
Admin membenarkan ahli menjual semula Ebook dan Pakej My10rm.com dengan cara menaja ahli baharu tanpa had.
Komisen yang diberikan adalah insentif daripada admin sebagai tanda Terima Kasih Amin dan bukan hak mutlak ahli.
3. Tanggungjawab Ahli:
Ahli bertanggungjawab 100% atas keuntungan / kerugian hasil daripada penyertaan.
Tidak dibenarkan mendaftarkan nama orang lain tanpa kebenaran mereka.
Pendapatan bergantung sepenuhnya kepada usaha sendiri mempromosikan laman web ini.
Paparan pendapatan di laman ini hanyalah contoh pengiraan dan bukan jaminan hasil sebenar.
EPIN yang dibeli tidak boleh dituntut semula kecuali dijual sesama ahli.
Ahli perlu menjaga nama baik My10rm.com, pihak pengelola, dan semua Rakan Komuniti.
Ahli perlu melaporkan kepada pihak pengelola jika terdapat sebarang salah laku yang menjejaskan nama baik komuniti.
4. Mana² Ahli free yang telah mendaftar namun tidak mengupgrade kr Status Vip (Tidak Membuat Bayaran RM10) Boleh di keluarkan dari daftar ahli tanpa diberikan notis.
Mana² ahli vip yang dah upgrade Vip namun tidak membuat penajaan langsung atau tidak menaja 3 vip dalam masa 60 hari dianggap tidak berminat lagi menyertai sistem affiliate my10rm dan dianggap tidak memenuhi syarat sistem affiliate dan boleh dikeluarkan dari sistem tanpa notis. Tidak ada pengembalian wang kerana dianggap telah mendownload produk jualan ebook Formula Jutawan 10RM.
5. Kerahsiaan & Keselamatan
Ahli bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan dan akaun masing-masing.
Segala aktiviti akaun adalah tanggungjawab ahli sepenuhnya.
6. Perubahan Program
Pihak admin berhak untuk mengubah, menaiktaraf, atau menutup program ini pada bila-bila masa tanpa notis.
Pihak admin berhak mengubah Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis.
7. Pembatalan Keahlian
Notis pembatalan mungkin diberikan atas budi bicara admin.
8. Syarat Affiliate
Wajib menaja sekurang² nya 3 Vip.
Vip yang tidak menaja minima vip yang dinyatakan dianggap telah tidak berminat. Dan boleh dikeluarkan dari sistem tanpa notis. Bayaran pembelian ebook Formula Jutawan 10RM tidak dikembalikan juga atas sebab dianggap telah mendownload ebook tersebut
9.Syarat Withdraw:
Telah Menaja 3 Vip. Tajaan Package 6in1 dikira menaja 1 Vip.
Tarikh Berkuat Kuasa:
27 Ogos 2025
Terima kasih,
Admin My10rm.com